Pemilihan presiden Mesir 2014 Abdel Fattah El-Sisi

Pemberontak anti-Morsi gembira dengan El-Sisi dan mahukan beliau menjadi calon Presiden Mesir. Pada 6 Disember 2013, El-Sisi dinamakan oleh majalah Time sebagai 'Time Person of the Year'. Banyak barangan dan makanan ditulis dengan huruf "CC" sebagai tanda sokongan kepadanya. Ramai ahli politik di Mesir dan di luar negara menyokong El-Sisi termasuk Salvation Front Nasional , gerakan Tamarod ,Amr Moussa ,Hamdeen Sabahi , Abdel-Hakim Abdel-Nasser (anak Presiden Gamal Abdel Nasser ), Ahmed Shafik, Perdana Menteri Hazem Al Beblawi , Naguib Sawiris , Presiden Rusia Vladimir Putin dan lain-lain .

Pada 6 Februari 2014, surat khabar Kuwait Al-Seyassah telah mengumumkan bahawa El-Sisi akan mencalonkan diri sebagai presiden kerana tiada pilihan lain kecuali memenuhi keinginan rakyat Mesir. Akhirnya El-Sisi mengesahkan pada 26 Mac 2014 bahawa beliau akan bertanding.

Tidak seperti pemimpin sebelumnya, El-Sisi telah melindungi privasi keluarganya. El-Sisi telah berkahwin dan mempunyai 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan. El-Sisi berasal dari keluarga agama dan memetik ayat al Quran dalam ucapan-ucapannya.Isteri El-Sisi memakai Hijab . Dia suka membaca tentang sejarah dan hukum. Sisi sering disebut General Sisi ketika dia masih muda.